Sabtu, 18 Julai 2009

panorama di Sekayu waterfall - Hulu Terengganu

SEKAYU WATERFALL

State

Terengganu

Location

South of Kuala Berang

Coordinates and map

N04° 57.85' E102° 56.71'

Water Source

Small River

Waterfall Profile

Vertical Falls & Cascades

Accessibility

From carpark & river trekking

Air terjun Sekayu merupakan sebuah Hutan simpan yang dipelihara dan dijaga sebaik-baiknya oleh pihak berkuasa. Taman rekreasi ini juga merupakan tempat tumpuan para penduduk setempat mahupun masyarakat dari luar. Air yang jernih dan sejuk serta pemandangan yang hijau dikelilingi oleh pohon-pohon alam semulajadi telah menjadikan Hutan Lipur ini tarikan pelancongan.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di Hutan Lipur Sekayu ini. Antaranya ialah aktiviti perkhemahan, jungle tracking, memancing,perkelahan dan pelbagai lagi aktiviti yang bersesuian. Penduduk tempatan sentiasa menjadilan air terjun sekayu ini sebagai tempat pilihan untuk membawa ahli keluarga dan anak-anak berriadah di hujung minggu mahupun di waktu petang.

Antara kemudahan yang terdapat dan disediakan di Hutan lipur Sekayu ini ialah chalet, tandas awam, kolam berenang untuk kanak-kanak mahupun dewasa, gerai-gerai cenderamata, gerai-gerai makanan dan sebagainya. Pada masa ini, chalet sedang dibaikpulih dan terdapat chalet yang sedang dibina semula. Ini adalah untuk memberi kemudahan yang terbaik untuk para pengunjung khususnya. Segala kemudahan sedang dibangunkan semula untuk menarik lebih ramai pengunjung samada dari dalam dan luar di samping memberi keselesaan kepada para pengunjung.

Terdapat laluan pejalan kaki dan tempat beristirehat untuk para pengunjung. Selain itu, tempat untuk aktiviti BBQ juga boleh dilakukan bagi yang gemar akan aktiviti bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jambatan gantung – penghubung antara taman dengan tempat perkhemahan

antara chalet yang sedang dibina semula

Alam sekitar yang menghijau menimbulkan keselesaaan pada diri para pengunjung dan sangat sesuai sebagai tempat menenangkan fikiran

rumah penginapan untuk keluarga

Air yang terjun yang begitu sejuk

Hutan Lipur sekayu ini terletak 16km dari pekan Kuala Berang, dan 56 km dari bandar Kuala Terengganu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan